Bagi memberikan nafas baru, kumpulan ini dijenamakan semula dan dikenali dengan Hero Pengguna (HP). Penjenamaan ini bertujuan untuk memantapkan dan meningkatkan keberkesanan fungsinya di seluruh negara.

Bidang tugas utama HP adalah untuk membentuk komuniti pengguna yang berdaya upaya, menggalakkan kolaborasi Kementerian bersama sektor bukan kerajaan demi kepentingan pengguna, membantu melaksanakan program/aktiviti kepenggunaan, dan membantu dalam pemantauan dan melaporkan kepada Kementerian dengan saluran yang betul.

HP dahulunya dikenali Rakan KPDNHEP(RK) ditubuhkan dengan objektif  yang sama namun telah ditambah baik bagi menyesuaikan peranan dan perkhidmatan mengikut perkembangan dan trend  semasa Masyarakat.

 

Hak Cipta KPDN © 2024.
Sesuai dipaparkan menggunakan Mozilla Firefox 44.0 atau Google Chrome 47.0 pada resolusi 1027x768.